Pusat Bimbingan
Al-Islah
Berpandukan Al-Quran dan Sunnah, Al-Islah membina generasi berilmu, beriman dan berakhlak melalui pendidikan Islam yang menyeluruh dan berstruktur.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” — Surah Al-Anbiya’, Ayat 107
Pusat Bimbingan Al-Islah
Al-Islah merupakan sebuah pusat pendidikan Islam yang memberi tumpuan kepada pembangunan insan secara menyeluruh berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Misi Kami
Menyebarkan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasul SAW melalui pendidikan Islam yang holistik, berstruktur dan berterusan.
Visi Kami
Melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia yang mampu menjadi rahmat kepada masyarakat dan ummah.
Pendekatan Al-Islah
Walaupun program yang ditawarkan berbeza mengikut keperluan kumpulan sasaran, tujuan dan hasilnya tetap satu — pembinaan insan seimbang dunia dan akhirat.
Program Berstruktur untuk Pelbagai Kumpulan
Program Al-Islah disusun untuk membina kefahaman, penghayatan dan amalan — melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak.
Khatam Bacaan Al-Quran
Pengukuhan tajwid, sebutan dan kelancaran bacaan sehingga khatam dengan bimbingan.
Sijil Tahfiz Al-Quran
Program hafazan berperingkat dengan pemantauan, semakan dan disiplin hafazan.
Syahadah 30 Juz Al-Quran
Pensijilan pengiktirafan hafazan 30 juz mengikut syarat dan penilaian yang ditetapkan.
Fardu Ain & Bahasa Arab
Asas akidah, ibadah, akhlak serta pengenalan Bahasa Arab untuk pemahaman teks agama.
Asas Bahasa & Matematik
Asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik untuk melengkapkan keperluan akademik.
Ingin Daftar?
Kami bantu cadangkan program ikut umur dan tahap. Tekan untuk daftar atau tanya lanjut.
Aktiviti & Kehidupan Al-Islah
Antara suasana pembelajaran, tarbiah dan aktiviti harian yang membentuk sahsiah pelajar di Al-Islah.
Rangkaian Al-Islah di Rantau Ini
Pusat kami berkembang melalui penempatan pusat baharu dan inisiatif pendidikan berstruktur bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.
Singapore
Centre Address
272 Bangkit Road 02-46
Singapore 670272
Malaysia
Melaka & Selangor
Pusat Bimbingan Al-Islah (JM0586418K)
Madrasah Tahfiz At-Tayyibat JAIM/SAS(M)126
Lot 651, Batu 13, Kampung Sungai Petai,
Jalan Solok Seberang Prai,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi
JAIS13S(7)9/59
Lot 864, Jalan Haji Muhammad,
Kampung Batu 40,
45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Indonesia
PT Alislah Services Indonesia
NIB: 3110250023789
G.C.S Baywalk Tower K 16 AL,
Desa/Kelurahan Penjaringan, Kec. Penjaringan,
Kota Adm. Jakarta Utara, Provinsi DKI Jakarta,
Kode Pos: 14450.
Sumbangan Anda, Harapan Mereka
Setiap sumbangan — besar atau kecil — membantu melancarkan operasi pusat, pengajian, dan kebajikan pelajar yatim/fakir/miskin/asnaf.
Infaq Ramadhan Tahunan
Iftar & sahur untuk jamaah / pelajar
- Iftar & Sahur (150 pax)RM1,000
- Iftar atau Sahur (150 pax)RM500
- Iftar (1 pax)RM10
Wakaf
Projek wakaf & penambahbaikan fasiliti
Pelbagai projek Wakaf seperti pembinaan musollah, asrama pelajar, dapur, kantin, kelas Tahfiz, rumah guru, termasuk pembinaan baharu dan kerja pembaikan.
Tajaan Bulanan
Pilih tajaan yang konsisten & mudah
Projek Tajaan Anak Angkat
RM150 /bulan
Menampung yuran pengajian, makanan dan penginapan pelajar. Kebanyakan penerima daripada kalangan yatim/fakir/miskin/asnaf.
Infaq Bahan Mentah
RM30 /bulan
Menampung perbelanjaan asas seperti makanan, air dan elektrik.
Imbas QR untuk Sumbangan
Pilih negara yang berkaitan dan buat transaksi. Jika perlukan resit, WhatsApp selepas pembayaran.
Bersama Kita Menyebarkan Rahmat
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jamaah dan penaja yang telah menyokong perjalanan Al-Islah selama ini. Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, telah membantu kami melaksanakan amanah pendidikan dan kebajikan ummah.
Semoga Allah SWT membalas jasa dan keikhlasan anda dengan ganjaran tertinggi di Syurga Jannah. Bersama-sama, kita teruskan usaha membina generasi berilmu, beriman dan berakhlak.